• Main
  • Persembahan Kebudayaan Cuba

Persembahan Kebudayaan

Saksikan kepelbagaian budaya Malaysia melalui pertunjukan kesenian dan persembahan tarian tradisional setiap mingu, pada di Mini Auditorium,MaTiC . Tiket masuk adalah PERCUMA. Para penari akan mempersembahkan tarian etik yang terdapat di Malaysia Antaranya :

Layang Mas adalah persembahan tarian yang berasal dari negeri Perlis, iaitu negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pergerakan tari yang lemah gemalai ini diilhamkan dari pergerakan burung 'Layang-layang Emas'.

Tarian Cina sering dipersembahkan bagi mengiringi majlis tertentu. Masyarakat Cina di Malaysia mempunyai pelbagai jenis tarian seperti Tarian Kipas, Tarian Riben dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai jenis tarian klasik dan pemujaan India seperti Bharatanatyam, Kathak dan banyak lagi.

Tarian India yang bersifat keagamaan dikaitkan dengan tarian yang dipersembahkan di kuil dan ianya popular di Malaysia.

Ngajat Ngalu temual-pua Kumbu merupakan tarian yang menarik dan dipersembahkan bagi mengalu-alukan pelancong ke Rumah Panjang Tradisional Orang Iban di Sarawak. Wanita Iban akan menunjukkan kemahiran mereka menenun 'pua kumbu' sementara pahlawan Iban akan menunjukkan cara menggunakan 'sumpit' bagi tujuan memburu.
Tarian Dikir yang berasal dari negeri Kelantan dan dipersembahkan dalam keadaan duduk. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung dan pinggir bandar.

Zapin merupakan tarian melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan 'Al-Zafn'. Ianya bercorak persembahan dan pertunjukkan dan gerak tarinya berpandukan kaki penari-penarinya.

KEMASKINI : PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DIHENTIKAN SEKETIKA PANDEMIK COVID-19. KEMASKINI TERKINI AKAN DIMAKLUMKAN DI LAMAN SOSIAL KAMI.

Programs & Activities