Berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti berikut :-
- Mempertingkatkan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra serta memberi maklumat yang tepat kepada pelancong.
- Memastikan persembahan kebudayaan dan kesenian yang diadakan mengikut jadual yang ditetapkan di samping memperkenalkan seni budaya Malaysia.
- Menguruskan permohonan tempahan dan sewaan ruang dengan cekap dan menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal yang berkualiti.
- Memastikan keselesaan dan keselamatan pelancong dan pengunjung sentiasa terjamin.

























