Kesan dari lawatan kami sangat kuat. Kami menerima layanan mesra bermula dari Malaysia airlines ada banyak untuk dilihat di Kuala Lumpur. Makanannya amat bagus dan pelbagai penduduknya amat baik. Di bandar amat sibuk. Kadang kala amat sukar untuk melintas jalan. Pengangkutan awam diuruskan dengan baik. Kadang kala terasa agak sukar untuk menemui ‘laundry service’, Pejabat pos dan kafe internet yang murah. Malaysia adalah negara yang hebat. Saya akan kunjungi lagi.S.Doerga Dutch, Denmark
Saya temui bahawa layanan rakyat Malaysia amat hebat. Penduduk Kuala Lumpur amat sopan dan amat membantu. Bandarnya bersih dan taman-tamannya sangat indah. Makanannya segar, banyak dan harganya sangat bagus. Saya berharap untuk mengunjungi lagi dan menjelajah ke tempat yang berbeza pada masa akan datang.Casandra Kyles, Sydney Australia
Telah tiba pada 11.30 malam, 01.11.2009 dari Sydney melalui Malaysia airlines. Menginap di Corus hotel. Sangat tertarik dengan kebersihan, kesopanan dan sikap suka membantu daripada rakyat tempatan. Mengunjungi ke pusat-pusat membeli belah utama dan didapati semua jenama terkemuka terdapat di sini. Sangat tertarik dengan keseluruhan dan sebelum tiba disini, saya telah diberitahu sedikit sebanyak tentang Kuala Lumpur dalam bentuk yang menarik. Ianya telah memenuhi jangkaan saya dan sangat mengagumkan.Robert Kyles, Sydney Australia