15 Oktober 2023
MaTiC Info
247
KL Fabulous Food Hunt & Kopi Hunter Fest
Acara KL Fabulous Food Hunt yang telah berlangsung pada 15 Oktober 2023. Acara ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran para peserta dan vendor di perkarangan Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Permainan ala ‘Amazing Race’ dan ‘Explorace’ yang dinanti-nantikan ini menguji peserta untuk bergerak ke checkpoint tertentu sambil menikmati hidangan yang disediakan. Selain itu, acara KL Fabulous Food Run turut menjadi tarikan utama bagi peserta yang gemar menyertai larian secara berkumpulan dalam suasana penuh semangat dan keceriaan.
Peserta yang berjaya menjuarai tiga kategori kumpulan iaitu ‘Close’, ‘Women’ dan ‘Open’ telah membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. Tidak ketinggalan, cabutan bertuah turut memeriahkan acara ini.
Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang!