23 Julai 2026
MaTiC Info
7
Lawatan Rasmi Malaysia Foreign Media Visitors’ Programme (MFMVP) 2026 ke MaTiC

23 Julai 2026 | Lawatan Rasmi Malaysia Foreign Media Visitors’ Programme (MFMVP) 2026 ke MaTiC
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Malaysia Foreign Media Visitors’ Programme (MFMVP) 2026 sebagai sebahagian daripada Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Lawatan ini telah diiringi oleh Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi, manakala sesi taklimat dan pembentangan mengenai peranan serta fungsi MaTiC telah disampaikan oleh Cik Fennylisa Lia Ayong.
Sepanjang lawatan, para delegasi turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan MaTiC yang menampilkan kepelbagaian seni dan warisan Malaysia, sekali gus memberi pengalaman lebih dekat terhadap keunikan budaya negara. Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan bersama media antarabangsa serta memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan seni, budaya dan warisan sempena Visit Malaysia 2026.