31 Ogos 2023
MaTiC Info
52
Merdeka@MaTiC 2023
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Persembahan istimewa yang menampilkan Flowers, Queen Ratu Kebaya Wanita Malaya dengan penampilan istimewa para finalis Ratu Wanita Malaya yang anggun mempersona dan persembahan bertenaga daripada kumpulan The Vindorador’s. Mari kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri serta menyemai rasa syukur atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita capai hasil perjuangan para pendahulu. Selamat Hari Merdeka yang ke-66 buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyatukan kita tanpa mengira bangsa dan latar belakang, demi memacu negara ke arah masa depan yang lebih gemilang, makmur dan sejahtera. Terima kasih atas semangat dan sokongan yang tidak pernah putus kepada negara tercinta, Malaysia. Sentiasa kita “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” bersama-sama.
Salam Hari Kemerdekaan daripada kami di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)!