29 Julai 2026
MaTiC Info
15
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

29 Julai 2026 | Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Bilik Audio Visual, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan hala tuju strategik kementerian ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berintegriti. Pihak MaTiC berbesar hati menjadi tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat ini dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.