MALAYSIA FOOD HERITAGE FESTIVAL 2026
Malaysia Food Heritage Festival 2026 bakal berlangsung pada 5 hingga 9 November 2026 bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Bertemakan “Celebrating Heritage, Connecting People, Empowering Futures”, festival ini merupakan platform untuk mengetengahkan keunikan warisan makanan Malaysia, memperkenalkan kepelbagaian budaya serta memupuk penghargaan masyarakat terhadap khazanah kulinari tradisional negara.
Penganjuran festival ini juga bertujuan memelihara warisan makanan tempatan agar terus dikenali dan diwarisi oleh generasi akan datang, di samping memperkukuh hubungan antara komuniti melalui kepelbagaian cita rasa dan tradisi.
Ayuh bersama-sama memeriahkan Malaysia Food Heritage Festival 2026 di MaTiC dan raikan keistimewaan warisan makanan Malaysia!
05 - 09
9 AM - 11 PM
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.
