Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Aktiviti Akan Datang

SANTAI@MaTiC: SAMBUTAN HARI KRISMAS 2026 🎄

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan SANTAI@MaTiC: Christmas Celebration 2026 pada 1 Disember 2026 bertempat di MaTiC Square, bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Program ini bertujuan memeriahkan sambutan perayaan Krismas melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya persembahan muzik dan tarian tradisional, demonstrasi masakan ayam belanda panggang (Roast Turkey), sesi ramah mesra bersama Santa Claus serta aktiviti menghias biskut Gingerbread.

Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk menikmati kemeriahan sambutan Krismas dalam suasana harmoni, di samping mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Kemasukan adalah terbuka kepada semua.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.matic.gov.my

01

Disember 2026

11 AM - 3 PM

*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.

© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 November 2026 • Jumlah Pelawat : 11,152,038
Kembali ke Atas