SANTAI@MATIC: WARNA-WARNI DEEPAVALI 2026
JOM MERIAHKAN SAMBUTAN DEEPAVALI BERSAMA KAMI!
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) menjemput orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Santai@MaTiC: Warna-Warni Deepavali 2026 bagi meraikan keindahan budaya, seni dan warisan tradisi masyarakat India.
Tarikh: 4 November 2026 (Rabu)
Masa: 10 pagi – 3 petang
Tempat: MaTiC Square, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk:
- Persembahan Tarian Tradisional India
- Demonstrasi Penyediaan Makanan Tradisional India
- Persembahan Alat Muzik Klasik India
Pengunjung berpeluang menyaksikan keunikan seni persembahan kebudayaan, mengenali kepelbagaian warisan tradisi masyarakat India serta menghayati kemeriahan sambutan Deepavali dalam suasana yang penuh warna-warni.
Jom bersama-sama memeriahkan Santai@MaTiC: Warna-Warni Deepavali 2026!
Jumpa anda di MaTiC!
04
10 AM - 3 PM
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.

