Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

04 Ogos 2026

MaTiC Info

4

Lawatan Ilmiah Pelancongan & Kebudayaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ke MaTiC

Lawatan Ilmiah Pelancongan & Kebudayaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ke MaTiC
04 Ogos 2026 | Lawatan Ilmiah Pelancongan & Kebudayaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ke MaTiC
 
MaTiC mengalu-alukan kunjungan delegasi daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam satu lawatan rasmi ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Lawatan ini telah disertai oleh Pengarah Kemasyarakatan MBDK, Encik Azhar bin Samsudin, dan disambut oleh wakil pengurusan MaTiC, Encik Noraman bin Abdul Wahid. Bagi sesi taklimat dan pembentangan mengenai MaTiC telah disampaikan oleh Encik Azrai bin Abrar.
 
Sepanjang lawatan, para delegasi turut berpeluang mengunjungi Karyaneka dan Harriston Chocolate Boutique, selain menyaksikan Persembahan Kebudayaan MaTiC yang menampilkan keunikan seni dan budaya Malaysia. Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang atas kunjungan ini. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan serta membuka peluang kepada lebih banyak kerjasama pada masa hadapan.
 
© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Ogos 2026 • Jumlah Pelawat : 11,134,022
Kembali ke Atas