15 Mei 2026
MaTiC Info
9
Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 1 Tahun 2026

15 Mei 2026 | Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 1 Tahun 2026
Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Audio Visual, MaTiC. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi bersama barisan pengurusan serta warga kerja MaTiC ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda pengurusan organisasi, memperhalusi perancangan strategik serta menyelaras inisiatif MaTiC sebagai One Stop Centre pelancongan negara.
Selaras dengan aspirasi Visit Malaysia 2026, komitmen dan sinergi yang dizahirkan melalui mesyuarat ini mencerminkan kesiapsiagaan MaTiC dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan, mempertingkat pengalaman pelancong serta memperkukuh peranan MaTiC sebagai hab pelancongan dan kebudayaan yang unggul di peringkat nasional mahupun antarabangsa.