15 Jun 2026
MaTiC Info
10
Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 2 Tahun 2026

15 Jun 2026 | Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 2 Tahun 2026
Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di Bilik Audio Visual, MaTiC. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi bersama barisan pengurusan dan warga kerja MaTiC ini memberi tumpuan kepada penilaian pencapaian semasa, pemantauan pelaksanaan program serta perancangan inisiatif strategik bagi memperkukuh peranan MaTiC sebagai pusat sehenti pelancongan negara.
Perbincangan turut merangkumi usaha mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan, memperkasakan promosi pelancongan dan kebudayaan serta memastikan setiap perancangan yang dilaksanakan selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026. Melalui komitmen, kerjasama dan kesepaduan seluruh warga kerja, MaTiC terus komited dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelancong serta memperkukuh kedudukannya sebagai hab pelancongan dan kebudayaan yang dinamik, relevan dan berdaya saing.