13 Julai 2026
MaTiC Info
16
Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 3 Tahun 2026

13 Julai 2026 | Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 3 Tahun 2026
Mesyuarat Pengurusan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Bilangan 3 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Audio Visual, MaTiC dan dipengerusikan oleh Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi.
Mesyuarat ini menghimpunkan barisan pengurusan serta warga kerja MaTiC bagi membincangkan perkembangan semasa, menyelaras pelaksanaan program dan menilai tindakan susulan terhadap inisiatif yang sedang dilaksanakan. Turut diberi penekanan ialah usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan, mempertingkat pengalaman pengunjung serta memperhebat promosi pelancongan dan kebudayaan dalam menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang berterusan, MaTiC akan terus berusaha memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkukuh peranan MaTiC sebagai One Stop Centre pelancongan negara.