08 Jun 2026
MaTiC Info
6
Lawatan Majlis Perbandaran Kuala Langat ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

08 Jun 2026 | Lawatan Majlis Perbandaran Kuala Langat ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang diketuai oleh Tuan Ts. Syamsol Herwan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MP Kuala Langat, bersama Encik Wong Kim Loon, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan MP Kuala Langat dan Puan Nur Zairina binti Muzaini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan MP Kuala Langat.
Delegasi turut diberikan taklimat mengenai Pengurusan Pusat Informasi Pelancongan MaTiC yang disampaikan oleh Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi. Lawatan diteruskan dengan sesi tinjauan ke beberapa fasiliti dan ruang perniagaan di MaTiC, termasuk ruang sewaan, Karyaneka dan Harriston Boutique bagi melihat sendiri kemudahan serta produk pelancongan yang ditawarkan. Semoga lawatan ini dapat memperkukuh hubungan strategik serta membuka peluang kerjasama dalam memperkasakan sektor pelancongan tempatan.