11 Oktober 2023
MaTiC Info
35
Lawatan Politeknik Ibrahim Sultan
11 Oktober 2023 | Lawatan Politeknik Ibrahim Sultan
Para pelajar dan pensyarah dari Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan lawatan pendidikan ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai industri pelancongan serta peranan MaTiC sebagai pusat sehenti maklumat pelancongan negara. Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan MaTiC termasuk latar belakang bangunan warisan yang menjadi mercu tanda serta transformasinya sebagai hab pelancongan di tengah-tengah ibu kota.

Selain itu, para pelajar dan pensyarah turut didedahkan tentang pelbagai fasiliti yang disediakan di MaTiC, fungsi setiap ruang yang terdapat di dalam bangunan serta kedai-kedai dan reruai kraf yang beroperasi di premis tersebut. Lawatan ini juga memberi peluang kepada mereka untuk memahami bagaimana MaTiC menyokong usahawan tempatan, mempromosikan seni dan budaya Malaysia serta meningkatkan pengalaman pelancong domestik dan antarabangsa. Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat serta menambah ilmu pengetahuan para pelajar, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri pelancongan negara.