19 Disember 2024
MaTiC Info
17
Majlis Penyerahan Projek Sistem Penyaman Udara di MaTiC

Satu majlis penyerahan rasmi bagi Projek Penaiktarafan Sistem Penyaman Udara di MaTiC telah diadakan dengan penuh tertib dan simbolik. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Izrul bin Idris, Jurutera Mekanikal Penguasa dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bersama-sama dengan Encik Asrul bin Zakaria, Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tahap kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung tempatan mahupun antarabangsa yang hadir ke MaTiC, salah satu pusat pelancongan utama di ibu negara. Penaiktarafan sistem penyaman udara ini dijangka dapat memberikan impak positif terhadap operasi harian, selain menyokong objektif kecekapan tenaga serta pemeliharaan fasiliti secara mampan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Mohd Syauki bin Mohd Sidek, yang mewakili Pengarah Urusan Labu Mekar Enterprise, selaku kontraktor pelaksana yang bertanggungjawab menjayakan projek ini. Penyempurnaan projek ini mencerminkan kerjasama erat antara pihak kerajaan dan sektor swasta dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Majlis turut diserikan dengan sesi lawatan ke lokasi pemasangan sistem baharu serta sesi bergambar kenangan bersama semua pihak yang terlibat.