02 Oktober 2023
MaTiC Info
34
Mesra Malaysia Polis Pelancong
Sempena pembukaan Balai Polis Pelancong di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang mula beroperasi hari ini, satu Kursus Mesra Malaysia Polis Pelancong telah diadakan di Mini Auditorium, MaTiC. Kursus khas ini dianjurkan khusus untuk Unit Polis Pelancong (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan barisan hadapan dalam mengendalikan situasi melibatkan pelancong, di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memperkukuh imej hospitaliti Malaysia dalam sektor pelancongan negara.
Majlis Penutup Kursus Mesra Malaysia Polis Pelancong telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), dan diiringi oleh Encik Ahmad Alsraf bin Ahmad Mokhtar, Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelancong sentiasa menjadi keutamaan.