Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

23 April 2026

MaTiC Info

86

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Program Jom Baca Bersama 10 Minit
23 April 2026 | Program Jom Baca Bersama 10 Minit

"MEMBACA MEMBINA BANGSA"

Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi turut menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2026. Program ini mencerminkan usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya membaca serta memperkukuh pembudayaan ilmu dalam kalangan warga kerja MaTiC. Melalui inisiatif ini, amalan membaca dapat dipupuk sebagai gaya hidup yang positif, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu dalam pembangunan diri, organisasi dan masyarakat.

Turut sama menyertai program ini ialah seluruh warga MaTiC yang bersama-sama meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca sebagai tanda sokongan terhadap usaha membudayakan ilmu. Walaupun dilaksanakan secara ringkas, program ini membawa mesej yang besar bahawa budaya membaca boleh diterapkan walau di mana sahaja kita berada. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan secara berterusan dan dijadikan amalan harian dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan cintakan budaya membaca.

© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 15 Mei 2026 • Jumlah Pelawat : 11,118,790
Kembali ke Atas