Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

06 Jun 2026

MaTiC Info

5

Santai@MaTiC Gawai & Kaamatan Showcase

Santai@MaTiC Gawai & Kaamatan Showcase

06 Jun 2026 | Santai@MaTiC Gawai & Kaamatan Showcase

MaTiC dengan kerjasama Pertubuhan Seni Budaya Sabah (PERSENIBAH) telah menganjurkan program bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Program ini menjadi platform untuk mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak melalui pelbagai aktiviti kebudayaan yang menarik, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian tradisi masyarakat Malaysia. Sepanjang program berlangsung, pengunjung disajikan dengan pelbagai pengisian termasuk Pertandingan Ratu Cilik, Persembahan Tarian Daling-Daling, persembahan khas oleh Munirih Jebeni, serta jualan di reruai yang menawarkan pelbagai produk dan makanan tradisional.

Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya menarik kehadiran pengunjung, malah turut menjadi wadah dalam mempromosikan seni dan budaya tempatan serta menyemarakkan semangat perpaduan melalui penghayatan terhadap kepelbagaian budaya Malaysia. Melalui penganjuran program seumpama ini, MaTiC terus komited dalam menyediakan ruang bagi penggiat seni dan budaya untuk mengetengahkan warisan tempatan kepada masyarakat serta pelancong, di samping memperkukuh peranan MaTiC sebagai pusat pelancongan dan kebudayaan negara.

© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Ogos 2026 • Jumlah Pelawat : 11,134,070
Kembali ke Atas