12 September 2024
MaTiC Info
60
Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Antara Mexico dan Malaysia & Majlis "Grito" Kemerdekaan untuk Komuniti Mexico
Pada 12 September 2024 telah berlangsungnya detik bersejarah yang menandakan 50 tahun hubungan diplomatik antara Mexico dan Malaysia! Acara ini merupakan pengiktirafan kepada hubungan erat yang telah terjalin antara kedua-dua negara, serta mengukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan serta budaya. Sebagai sebahagian daripada sambutan, majlis "Grito" de Independencia diadakan dan merupakan simbol penting komuniti Mexico menghayati detik bersejarah ini, menyerukan semangat kemerdekaan dan perpaduan.
Pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan yang merangkumi tarian tradisional dari kedua-dua negara, mempamerkan keindahan dan keunikan warisan kedua buah negara. Sambutan ini bukan sahaja merayakan sejarah, tetapi juga membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah bagi hubungan Mexico dan Malaysia.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, termasuk anggota komuniti, pegawai diplomatik, dan rakan-rakan media yang menyokong sambutan ini. Keberadaan anda semua menjadikan acara ini lebih bermakna! Mari kita terus membina jembatan antara budaya dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Mexico dan Malaysia!