Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Aktiviti Akan Datang

Watercolour Merdeka Celebration! – MWS Annual Show 2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, The Malaysian Watercolour Society (MWS) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) menganjurkan MWS Annual Show 2026: Watercolour Merdeka Celebration!, sebuah pameran seni cat air yang menghimpunkan karya-karya artis tempatan bertemakan semangat patriotisme, warisan dan identiti Malaysia.

Pameran ini berlangsung dalam dua fasa iaitu "Experience Malaysia" dari 1 hingga 15 Ogos 2026, diikuti dengan "Merdeka Celebration" dari 16 hingga 31 Ogos 2026 di Creative Space, MaTiC, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian akan diadakan pada 16 Ogos 2026 (Ahad), jam 2.00 petang, dan akan disempurnakan oleh Dato' Freida Pilus, Pengerusi Cempaka Education Group, Penasihat Malaysian Women Graduates Society, Timbalan Presiden Persatuan Alumni Universiti Malaya serta Pengerusi Yayasan PAUM.

Orang ramai dijemput hadir bagi menghayati keindahan seni cat air yang mengetengahkan kepelbagaian budaya, landskap serta semangat kemerdekaan Malaysia melalui karya-karya yang kreatif dan penuh inspirasi.

Butiran Pameran:

  • Program: MWS Annual Show 2026: Watercolour Merdeka Celebration!
  • Tempat: Creative Space, MaTiC
  • Majlis Perasmian: 16 Ogos 2026 (Ahad), 2.00 petang

Semua dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan Bulan Kebangsaan melalui apresiasi seni dan kreativiti tempatan.

16

Ogos 2026

2 PM

*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.

© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Ogos 2026 • Jumlah Pelawat : 11,134,022
Kembali ke Atas