Panggung Seni Tradisional 2025
Muzik Ghazal: "Irama Ghazal Johor"
Ghazal merupakan salah satu bentuk kesenian tradisional yang terkenal di negeri Johor. Kesenian ini diasaskan oleh Allahyarham Kolonel Musa Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Pak Lomak, yang digelar sebagai ‘Bapa Ghazal Johor’. Kumpulan Ghazal asal terdiri daripada tujuh (7) orang pemuzik yang memainkan peti harmonium, sitar, biola, tabla, tamborin, dan marakas, serta diiringi oleh seorang penyanyi lelaki dan seorang penyanyi wanita.
Lagu-lagu Ghazal kebiasaannya disampaikan dalam bentuk bait sajak atau syair Melayu tradisional yang memuji keagungan Tuhan, keindahan alam semula jadi, serta kemasyhuran tokoh atau tempat bersejarah. Jarang sekali liriknya menyentuh tentang percintaan antara manusia.
"Irama Ghazal Johor" akan dipersembahkan di Panggung Seni Tradisional (PST) dalam bentuk persembahan ‘Mini Orkestra’ yang merangkumi tiga (3) segmen utama: Ghazal Asli, Ghazal Semasa dan Ghazal Pelbagai Ragam.
📅 Tarikh: 23 & 24 Mei 2025
🎵 Tajuk: Irama Ghazal Johor
🎼 Genre: Muzik Ghazal
🎶 Karya: Rangkaian Ghazal Johor
📍 Tempat: Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Untuk mendapatkan tiket, sila hubungi:
📞 Nor Aznina Binti Mohd Zin (012-792 6923)
📞 Norihan Binti Johari (014-775 9281)
Panggung Seni Tradisional – Bangga Budaya Malaysia!
23
24
*Tertakluk pada pindaan semasa. Ikuti juga media sosial kami kemaskini terkini.