Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

28 April 2025

MaTiC Info

104

Batik Fun Walk 2024

Batik Fun Walk 2024
15 Disember 2024 | Batik Fun Walk 2024

Batik Fun Walk 2024, sebuah sambutan penuh warna-warni yang meraikan warisan budaya Malaysia melalui keindahan batik! Acara ini mengalu-alukan penyertaan semua lapisan umur untuk mengenakan pakaian batik. Ia bukan sekadar satu acara berjalan kaki; ia juga merupakan peluang untuk meraikan budaya kita, merapatkan hubungan komuniti, dan mempromosikan gaya hidup sihat. Selain itu, ia adalah cara kreatif untuk mengetengahkan serta mempromosikan keindahan batik dan menyokong hasil karya warisan batik tempatan.

Sekitar acara Batik Fun Walk yang berlangsung di Lanai, MaTiC, suasana begitu meriah dengan persiapan peserta sebelum memulakan perjalanan sejauh 2.5km! Pelbagai aktiviti menarik menanti, termasuk sesi bergambar bersama para peserta yang tampil kreatif dan penuh gaya! Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja yang telah menyokong acara ini.

Sebelum acara berjalan kaki bermula, peserta turut bersama-sama menyertai sesi pemanasan badan yang turut disertai oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, penyampai radio Tuan Khairy Jamaluddin, Encik Asrul Zakaria, Pengarah MaTiC, serta penyanyi kesayangan ramai, Amy Mastura. Kehadiran mereka menyerikan lagi suasana dan membakar semangat semua peserta untuk menikmati hari yang penuh keceriaan ini!


© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 Mei 2025 • Jumlah Pelawat : 11,063,470
Kembali ke Atas