16 September 2023
MaTiC Info
48
Festival ASEAN-Jepun 2023
Majlis Perasmian Sambutan ASEAN–Jepun 2023 sempena ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN–Jepun telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh simbolik dan bermakna. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), dan turut diiringi oleh Encik Ahmad Alsraf bin Ahmad Mokhtar, Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Sambutan ini menandakan lima dekad hubungan erat antara negara-negara ASEAN dan Jepun yang telah terjalin, merangkumi kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk pelancongan, ekonomi, pendidikan, kebudayaan serta pembangunan mampan. Hubungan yang kukuh ini terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif dan program pertukaran yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak. Penganjuran majlis ini bukan sahaja memperingati sejarah persahabatan yang panjang, malah menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama serantau, selaras dengan aspirasi untuk membina masa depan yang lebih progresif, inklusif dan berdaya tahan.