20 November 2023
MaTiC Info
508
Mesra Malaysia Managing Change for Tourism Frontliners
20 November 2023 | Kursus Mesra Malaysia: Managing Change for Tourism Frontliners
Kursus ini dianjurkan oleh MOTAC Kuala Lumpur dan berlangsung di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Penceramah jemputan bagi kursus ini ialah Ms. Jane Rai, pengasas Free Walk Kuala Lumpur Unscripted (FWKLU) dan Kuala Lumpur Heritage Walks, bersama Ms. Marie dan Mr. Stevie Chan sebagai pemandu pelancong profesional. Peserta kursus didedahkan dengan ilmu praktikal dalam pengurusan perubahan bagi barisan hadapan industri pelancongan, termasuk meningkatkan mutu servis, komunikasi visual, vokal dan verbal. Selain itu, lawatan produk pelancongan di sekitar Kuala Lumpur memberi peluang untuk mempelajari cara memelihara sejarah dan warisan bandar sambil menanam semangat cinta terhadap warisan Malaysia.