Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

05 Mei 2026

MaTiC Info

93

Siri Jelajah Malaysian Cookies Tahun Melawat Malaysia 2026

Siri Jelajah Malaysian Cookies Tahun Melawat Malaysia 2026
05 Mei 2026 | Siri Jelajah Malaysian Cookies Tahun Melawat Malaysia 2026

Bersama DMG Food Industries Sdn Bhd, pelancaran Siri Jelajah Road Tour Malaysian Cookies sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 menjadi platform strategik dalam memperkenalkan keunikan produk tempatan kepada pelancong, sekali gus memperluas capaian pasaran industri ke peringkat lebih tinggi. Antara produk yang diketengahkan termasuk minuman inovasi tempatan, Kuala Cola, yang mencerminkan kreativiti serta potensi usahawan industri makanan negara.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti Helmi Gimmick Enterprise, Ryverra Chocolate and Confectionery serta beberapa agensi pelancongan tempatan dalam usaha memartabatkan produk tempatan sebagai tarikan pelancongan Malaysia. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi serta wakil Pengerusi DMG Food Industries, Datuk Dr. Hassan Saad.
© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 15 Mei 2026 • Jumlah Pelawat : 11,118,783
Kembali ke Atas