Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

News@MaTiC

04 November 2024

MaTiC Info

63

Santai@MaTiC Berlambuk 4.0

Santai@MaTiC Berlambuk 4.0
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kuala Lumpur/Putrajaya dan Tourism Malaysia Wilayah Tengah telah be­kerjasama menganjurkan Program Santai@MaTiC Berlambuk 4.0 sempena Ramadan tahun ini di perkarangan Restoran Saloma, MaTiC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program yang diadakan secara tahunan bila tiba bulan Ramadan yang mulia ini. Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada pelancong dan orang ramai dan telah menjadi inisiatif untuk menyantuni orang ramai sempena Ramadan.

Kesemua pegawai pengurusan serta pegawai sokongan MaTiC, MOTAC Kuala Lumpur/Putrajaya dan Tourism Malaysia Wilayah Tengah bersama-sama melakukan aktiviti penyediaan bubur lambuk dan pengedaran di sekitar Jalan Ampang. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pegawai dalam menjayakan Program Santai@MaTiC Berlambuk 4.0 ini.
© Copyright Reserved Malaysia Tourism Centre (MaTiC).
This page is best viewed using the latest version of Microsoft Edge & Google Chrome web browsers.
Last Updated on : 16 December 2024 • Total Visitor : 11,049,149
Back to Top