04 November 2024
MaTiC Info
65
Santai@MaTiC Berlambuk 4.0
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kuala Lumpur/Putrajaya dan Tourism Malaysia Wilayah Tengah telah bekerjasama menganjurkan Program Santai@MaTiC Berlambuk 4.0 sempena Ramadan tahun ini di perkarangan Restoran Saloma, MaTiC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program yang diadakan secara tahunan bila tiba bulan Ramadan yang mulia ini. Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada pelancong dan orang ramai dan telah menjadi inisiatif untuk menyantuni orang ramai sempena Ramadan.
Kesemua pegawai pengurusan serta pegawai sokongan MaTiC, MOTAC Kuala Lumpur/Putrajaya dan Tourism Malaysia Wilayah Tengah bersama-sama melakukan aktiviti penyediaan bubur lambuk dan pengedaran di sekitar Jalan Ampang. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pegawai dalam menjayakan Program Santai@MaTiC Berlambuk 4.0 ini.