• Utama
  • Perkhidmatan
  • Kemudahan di MaTiC

Kemudahan di MaTiC

Kaunter Penerangan Pelancongan


Kaunter ini beroperasi bermula dari 8.00 pagi - 05.00 petang dan dikendalikan Pegawai Khidmat Pelanggan (Pelancongan). Antara khidmat yang ditawarkan adalah memberi maklumat mengenai destinasi pelancongan menarik di Malaysia, pengangkutan awam, kemudahan penginapan hotel, membantu merancang perjalanan pelancong ketika berada di negara ini dan lain-lain.

Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat )
Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 03 – 9235 4800
Facebook : Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

Zon Internet Percuma


Terdapat 5 unit komputer disediakan kepada pelancong untuk melayari laman-laman web pelancongan yang disenaraikan serta laman web rasmi Tourism Malaysia di alamat url: http://www.tourism.gov.my/

Pelbagai maklumat terkini boleh didapati seperti destinasi pelancongan yang menarik, tempat penginapan, pakej pelancongan, program acara dan perayaan dan sebagainya.

Malaysia Travel Business


Kaunter ini dikendalikan oleh Malaysian Travel Business (MTB) yang mengendalikan tiket penerbangan, tempahan hotel, tiket bas Transnasional (Executive Coach) dan juga menyediakan pilihan pakej pelancongan dalam negeri khas untuk kumpulan tertentu bagi memenuhi keperluan pelancong. Malaysian Travel Business meruapakan ahli berdaftar dengan badan-badan berikut :
  • International Air Transport Association (IATA)
  • Malaysia Asssociation of Tour and Travel Agents (MATTA)
  • Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (BUMIPUTERA)
  • Kuala Lumpur Transit Association (KLTA)

    MTB menyediakan perkhidmatan berikut :
  • Tempahan tiket ke seluruh dunia
  • Tempahan hotel di seluruh dunia.
  • Pakej Pelancongan Dalam Negeri & Luar Negara.
  • Menyediakan pengankutan kereta, van, bas yang dikehendaki.
  • Mesyuarat Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE)
  • Servis VISA
  • Insuran Perjalanan
    Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat )
    Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 03 – 2163 0162
    Website : https://mtbiztravel.com/

Harriston Boutique


Di butik ini, para pelawat dan pelancong boleh menikmati seleksi coklat paling lengkap daripada buah-buahan tropika yang mewah.Pengunjung dapat menikmati keenakkan dan kelazatan coklat tanpa gula,coklat durian dan lain-lain lagi.Coklat yang terdapat disini juga berkualiti dan bermutu tinggi dengan menggunakan bahan-bahan yang segar bahkan ianya diakui oleh penggemar coklat.

Pelanggan yang ingin membeli coklat Harriston Boutique secara online boleh mendapatkan di platform Lazada,Shopee dan Zalora : Harriston Chocolate
Pelanggan juga boleh mengunjungi laman web www.harristonchocolate.com
Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 017-9735123 ( Jess )
Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang. ( Isnin – Sabtu )

Karyaneka


Karyaneka menawarkan keselesaan membeli belah koleksi produk yang meliputi produk hiasan diri, hiasan dalaman dan cenderamata malahan menyediakan produk kraf tempatan yang berkonsepkan hadiah korporat sebagai identiti berimejkan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila melayari www.karyaneka.com.my
Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)
Untuk maklumat lanjut sila melayari www.karyaneka.com.my

Gelanggang Gasing


Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Malaysian Heritage

"Cekak Musang" Malay Shirt
This costume became well known in the 1930's although one opinion is that it was worn from as far as the sixteenth century. The complete costume consists of the shirt, trousers, "samping" (short sarong), "bengkong" (waistband) and "tengkolok" (head cloth). In the early days, only the Royalty wore such costume but now it is also worn by ordinary folks.

"Baju Kurung"
The baju kurung is one of the most popular types of costume in Malaysia. For women, the ensemble comprises a long-sleeves loose fitting long blouse worn over a matching sarong. A sarong is neatly tied in a bunch in the "ombalk mengalun" technique of translated as flowing waves.

"Samfu"
The "Samfu" is a traditional outfit worn by Chinese men. In Cantonese, "Samfu" would mean shirt and trousers. The costume consists of a short-sleeved collared shirt with buttons. The pair of pants is cut straight and the costume is completed with a hat.

Shanghai Dress
Worn by the Chinese women, the costume consists of a long dress called the Shanghai dress. The blouse comes with a collar, loose sleeves, a waistband made from the same fabric and a loose skirt.

"Salwar Kameez"
This costume comes from Northern India. It consists of a loose top garment and a pair of straight-cut trousers. The front of the outfit is woven with gold thread.

"Kurta"
The "Kurta Pijama" is a traditional outfit for Indian men. The costume is long and cut straight. It consists of a loose shirt and a pair of pants, which is cut straight. The wedding version is complemented with a turban embellished with a brooch and feathers.

The Costume of The Iban Warrior
The jacket ("kelambi") is sleeveless and made of cotton. It is woven in the same manner as the "bidang" with a warp-ikat pattern. These jackets are used for ceremonies associated with house building, the initial process of paddy planting or the exorcising of evil spirits. The "sirat" is a loincloth with the ends elaborately decorated. The colour and motifs of the "sirat" differ according to area or region. Other accessories include the "labong" (a head turban with feathers), necklace, bangle and belt.

Kadazan Costume
This elaborate costume for the Sabah tribesmen is made of black velvet, which consists of a sleeveless top and a short sarong trimmed with decorative braiding. This costume is usually used for the Sumazau dance during the harvest festival.

Kedai Kraftangan Lepo Tau


Lepo tau bermaksud Pondok Kita dalam dialek masyarakat Orang Ulu di Sarawak adalah perusahaan sosial yang memberi ruang kepada peniaga kecil di Sabah & Sarawak untuk menjual produk dan hasilnya.

Ini termasuk barang-barang karftangan,aksesorinya dan kistum tradisional serta makanan & minuman. Ini untuk mempromosikan budaya Sabah & Sarawak ke seluruh dunia. Berbagai barang dan produk kraftangan tempatan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Bike Mike


Menelusuri Kuala Lumpur dengan basikal oren Belanda yang sebenar. Ia bermula dengan MikeBikes Perjalanan melalui Kuala Lumpur yang menarik dan asli. MikeBikes adalah satu-satunya penyedia pengalaman unik ini.

Mikes Bikes membawa anda dalam pengembaraan yang tidak dapat dilupakan. Basikal adalah kaedah yang ideal untuk menemui Kuala Lumpur yang sebenar. Dan siapa yang lebih baik daripada pemandu tempatan yang memberitahu anda tentang asal usul dan budaya kota dunia yang menarik ini. Semuanya mungkin di MikeBikes

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : +60 (0)17 673 7322. Untuk maklumat lanjut sila melayari : https://www.mikebikes.my/