Euronet Ltd. telah menyediakan kemudahan Mesin Teller Automatik(ATM) – MEPS dan Mesin Deposit Tunai (CDM) yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Pelancong. Telah mula beroperasi untuk orang ramai yang memerlukan kemudahan ini. Ia dapat memberi nilai tambah untuk para pengunjung di MaTiC yang memberi kemudahan perbankan kepada komuniti setempat dan para pelawat yang mempunyai urusan di sini.