28 Mac 2025
MaTiC Info
27
Santai@MaTiC Berlambuk 5.0 2025

Santai@MaTiC Berlambuk 5.0 | 13 Mac 2025
Program Santai@MaTiC Berlambuk 5.0 telah dilakukan seawal jam 10 pagi pada 13 Mac 2025 dan sesi penyediaan dan pembungkusan dilakukan bersama-sama secara bergotong-royong. Dengan kerjasama Adabi pada tahun ini, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya diagihkan kepada pelancong dan orang ramai. Terima kasih Adabi!
Diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama para jemputan pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Misbahul Falah untuk sesi ramah mesra serta sumbangan bagi mengeratkan silaturahim antara semua yang hadir diikuti dengan tazkirah ringkas bertajuk "Menuju Keredhaan Allah SWT" bersama Ustaz Rashid Che Long di Amphiteater MaTiC yang kemudiannya dialuni musik asli.