Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

04 November 2024

MaTiC Info

65

Sidang Media Premis Polis Pelancong MaTiC

Sidang Media Premis Polis Pelancong MaTiC
Pada 7 Februari 2024, satu sidang media bagi pembukaan Premis Polis Pelancong di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) telah berlangsung. Sidang media ini bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk melindungi pelancong serta mempromosikan MaTiC sebagai pusat pelancongan yang selamat dan mesra.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman telah merasmikan pembukaan Premis Balai Polis Pelancong di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) bersama-sama Pegawai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Kuala Lumpur, Superintendan Rozaiman Hashim, Ketua Unit Polis Pelancong, ASP Kamaruzaman Endut dan Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah MaTiC yang sebelum ini ditutup sementara akibat Covid-19 dan kini berkuat kuasa semula mulai 2 Oktober 2023 tahun lepas.

Pada sidang media itu, Dato' Roslan menyebut, "MOTAC sentiasa menyokong peranan agensi dan penguatkuasaan serta ketenteraman awam dalam memastikan tahap keselamatan dan keyakinan pelancong berada pada tahap yang terbaik." Tambahnya, "Sebanyak 33 kes melibatkan pelancong telah dilaporkan sejak pembukaan premis ini tahun lalu. Di sinilah pelancong ingin mendapatkan bantuan. Ini adalah inisiatif untuk meningkatkan kehadiran pelancong asing ke negara kita. "

Hari ini, Premis Balai Polis Pelancong di MaTiC beroperasi sepenuhnya dan dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 16 Disember 2024 • Jumlah Pelawat : 11,049,153
Kembali ke Atas