Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita@MaTiC

30 Mac 2026

MaTiC Info

119

Program Libat Urus Bersama Agensi Pelancongan sempena Pelancaran VM2026 One Stop Centre

Program Libat Urus Bersama Agensi Pelancongan sempena Pelancaran VM2026 One Stop Centre
30 Mac 2026 | Program Libat Urus Bersama Agensi Pelancongan sempena Pelancaran VM2026 One Stop Centre
 
Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Mini Auditorium MaTiC. Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Ketua Sekretariat VM2026 Bahagian Pengiklanan dan Digital Tourism Malaysia; YBrs. Encik Mohd Yasin bin Alwi, Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC); YBrs. Encik Mohamad Nawwar Faiq bin Mohamad Noh, Pengarah MOTAC KL/Putrajaya; YBrs. Encik Mohd Roslan bin Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, YBrs. Encik Sufian bin Zainuddin, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah serta Yang Berbahagia Datin Seri Dr. Rosmariza Dato’ Che Umar, Presiden Saloma Kuala Lumpur.

Program ini turut menampilkan sesi soal jawab bersama pemain industri pelancongan, persembahan kebudayaan serta demonstrasi permainan tradisional seperti gasing pangkah, sepak raga bulatan, ketingting, congkak dan wau kapal. Selain itu, persatuan-persatuan pelancongan turut dibawa melawat tapak pameran termasuk Pameran Rupa Alam, Food Festival dan Reruai Kraftangan yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan tempatan, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama serta usaha mempromosikan Malaysia sempena VM2026.

© Hakcipta Terpelihara Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 April 2026 • Jumlah Pelawat : 11,113,225
Kembali ke Atas